Pages

Wednesday, 2 July 2014

Tip Bagaimana Menambah Koleksi Cloth Pad Anda

Assalamualaikum and hello to you guys!
Ramadhan Kareem to all muslim sister.

Okay, entry kali ni saya nak bagi tips Bagaimana nak tambah koleksi cloth pad anda.
Of course bagi peminat CP diluar sana, harga tidak menjadi masalah kerana minat dan nilai kesihatan pada diri sendiri.

Tak dinafikan harga cloth pad di Malaysia memang berada dalam range sederhana hingga mahal bergantung pada kualiti dan juga jenama.

Tetapi, bukan semua peminat cloth pad yang mampu berbelanja banyak untuk mempunyai satu koleksi CP yang besar.

Penting tau sebenarnya ada koleksi CP yang besar sebab kita boleh rotate cycle CP tu jauh sikit... Jadi CP akan tahan lama.

Sebelum tu meh tengok sikit koleksi saya sendiri  secara suruk-suruk...hehehe.. Saya ada lebih 25 pcs CP saiz medium ke heavy dan lebih kurang 20pcs CP saiz ligh dan pantiliner.


Koleksi saya tidak sebanyak collector yang lain tapi cukup untuk 2-3 bulan rotation. Rata-rata CP saya dikumpul dari tahun 2010 sehingga sekarang.

Alhamdulillah semuanya masih utuh dan gigih berkhidmat...dalam masa 4 tahun saya dah berjimat banyak. Memang berbaloi-baloi.

Okay, buat yang baru nak mulakan stash, ni tips untuk you all

1. Anda boleh try jahit CP sendiri melalui tutorial online. Kalau rasa susah nak jahit, boleh try stail dulu-dulu.. Kain lipat. Jenis macam ni takde PUL@ lapisan kalis air so you all kena pandai-pandai agak bila nk tukar.

2. Sertai contest online, giveaway atau event-event seperti Great Cloth Diaper Change atau Natural Birth dan lain-lain. Usually local CP maker akan bagi sebagai Lucky Draw atau freebies. Saya pon rajin jugak join and dapat free CP, syokkk!.. Psttt, saya pon jadi sponsor event gini. So kalau nak Yuhmico Cp Free kena rajin join.

3. Kalau you all berbakat menjahit dan buat CP untuk diri sendiri, sila contact CP maker lain untuk tukar suka sama suka dengan dorang. Saya member group CP di FB so ada la juga buat barter dengan fellow CP maker.. Its a very good bargain dan koleksi you all akan meriah dengan pelbagai brand.. I like!

4. Cari member-member yang nak letgo CP new n unused. Biasanya dorang beli tapi taknak pakai and dijual pada harga murah.. Time ni sila grab peluang

5. Tanya CP maker kalau-kalau ada nak jual rejected CP. Biasanya direject sebab tak menepati piawaian jahitan. Maybe senget sikit or jahitan tak kemas.. So yang ni pon jual murah-murah.
Ok takat ni dulu.. Nanti ada idea saya sambung lagi. Ciau sisters!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...