Pages

Showing posts with label Tip n Trick. Show all posts
Showing posts with label Tip n Trick. Show all posts

Tuesday, 29 May 2012

Tip - Seam Guide

Assalam,

It's been a while since last i update this blog. A few weeks ago,i was asking around about the perfect seam on a group in FB and a friend said that they found about this method,cheap n it works. Ok,simple tips n trick to have an adjustable seam guide.

Get yourself a strip magnet used on white board or fridge. Just place the strip magnet on the bed of your machine, according to the size you desire. If you are using a portable,  usually the whole body is made out of plastic,so there is a small piece of steel area where you can place it. You can put it on left or right side, whichever suits your sewing style. Happy Sewing!


The green thingy is a strip magnet-use as seam guide


Thursday, 5 April 2012

Tip - Mesin Jahit Industri laju sangat?

Assalam,

Ok, Entri kali ni saya nak bincang pasal Tip n Trick menggunakan mesin jahit Industri motor clutch. Kenapa? Sebab saya baru je guna mesin ni, Masya Allah laju benor! Saya tahu, ramai yang ada mesin industri ni, berkobar memilikinya tapi pakai sekejap aje lepas tu tersadai sebab frust tak dapat fully utilize keupayaan mesin ni. Sayangnya!  Saya banyak buat perbincangan dengan kawan saya Hartini Baharudin yang sudi berkongsi tips dan izinkan saya guna photo miliknya.

Ada beberapa Tips yang boleh dipraktikkan  :

1. Untuk motor clutch. ada beberapa tempat yang boleh di adjust

  • lihat bulatan a - Pully - roda besi tu ada pelbagai saiz dari  50 - 60 - 80 - 85 - 90 - 100 - 110 . Semakin kecil roda, semakin perlahan pusingan mesin dan semakin besar roda semakin laju pusingan mesin. Cuba call kedai mesin jahit berdekatan untuk tukar pully ni, cost dalam RM50 untuk tukar roda pully, belt dan upah.
  • lihat bulatan b -  Spring digunakan untuk control ketat atau longgar pemijak/pedal. Semakin ketat, semakin keras dan kurang sensitif pedal, so kita boleh control pressure kaki kita. Bila spring tu dilonggarkan, pedal akan jadi lebih sensitif, tekan sikit je menonong peginya. Yang ini anda boleh cuba sendiri kat rumah, try adjust ketat atau longgar lepas tu test drive tekan pedal. Boleh adjust ikut kesukaan.

Ini contoh motor clutch - from Hartini

2. Kalau kedua-dua cara tadi x berkesan untuk dapatkan speed yang anda mahu, ada cara lagi iaitu tukar motor. Setakat ni, ada 3 jenis motor yang boleh adjust speed dipasaran (setakat didalam pengetahuan saya, kalau anda tahu, sila komen) iaitu motor electron, motor servo dan direct drive. Motor electron dan motor servo boleh dipasangkan pada mana2 mesin industri.
  • Motor electron - berharga sekitar RM200. Senyap, xde bunyi humming (macam bunyi kipas meja) dan speed boleh adjust. Menurut Hartini, hanya boleh dengar bunyi jarum sahaja dan speednya boleh adjust sama seperti mesin brother NV50 tu dan x kira berapa kuat atau perlahan pon kita tekan speednya akan kekal sama.. wah! anda berminat? Macam ni la rupanya motor electron tu.

Rupa bahagian hadapan motor electron

Rupa bahagian belakang - skru untuk adjust speed. 



  • Untuk motor servo, sistem adjustnya ada butang yang kita boleh pilih speed dari 1-8. Harga sekitar RM500-600 sebiji. Maaf saya xde gambar untuk motor ni. sesapa yang ada boleh email untuk saya masukkan dalam entri ni.


Untuk mesin industri, tidak kira apa jenis atau jenama, sistem, body , motor, jarum dan tapak(presser feet) pada asanya adalah sama kerana ianya digunakan secara meluas untuk industri di seluruh dunia. Jadi, apepon nama mesin anda, motornya boleh convert pada motor electron ataupun servo berdasarkan pada bajet anda. Selamat menggunakan mesin jahit industri!







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...