Pages

Wednesday, 28 March 2012

DIY - Fitted Cloth Diaper

Assalam..

Untuk Entry ni nak buat tutorial Fitted dlm bahasa Melayu, banyak sebenarnya tutorial dlm bahasa inggeris, google saje.. For mommies yang nak try DIY Fitted Diaper ni boleh cuba ya!


Dapatkan mana-mana pattern Diaper yg disukai. Untuk projek ni saya gunakan patter Cloth Revolution atau boleh pergi ke web Zany Zebra , ada banyak link free pattern.

 Bahan yang diperlukan
  • Kain sebelah luar dan dalam - material cotton flannel, cotton knit
  • Kain soaker/penyerap lembapan - material tuala/terry/microfibre, cotton knit/ t-shirt lama, kain lampin 4 segi pon boleh.
  • getah kain saiz 1cm / 1/4"
  • velcro / butang

1- Potong 2 helai kain ikut pattern yang dipilih. 1 lapisan luar dan satu lapisan dalam. Pastikan pattern yang dipilih ada basi (seam allowance atau tidak) takut nanti terkecil pulak. Kain yang saya gunakan cotton knit corak forest untuk luar dan plain flannel kuning untuk belah dalam



2- Potong soaker ikut saiz yang sesuai. Jumlah lapisan soaker bergantung pada penyerapan kain. Lagi tebal kain, lagi banyak serapan dan lebih bulky. Susun lapisan soaker dan jahit tepi.



3-  Letak soaker pada kain untuk lapisan dalam. Letak bahagian bawah kain. Soaker dijahit pada lapisan yang sebelah dalam.



4- Susun kain seperti dalam gambar dan jahit keliling perimeter. Tinggalkan sedikit bahagian terbuka untuk terbalikkan side betul nanti.

Susun seperti ini untuk jahit perimeter
Mula jahit untuk cantum kain.
Tinggalkan sedikit bahagia yang tidak berjahit

5- Potong getah ikut panjang yang sesuai. Tanda jarak untuk getah dan jahit pada tepi kain. Buat dikedua bukaan kaki dan pingang.
Ukur dan potong getah. Tanda tempat untuk jahit.
tandakan tempat jahit getah

jahit hujung getah pada tempat yang ditanda
Sembat sementara

Jahit sembat sementara untuk pegang getah
Ulang proses jahit getah sementara di ketiga tempat yang perlu


6- Terbalikkan Kain yg dijahit tadi dan buat kemasan topsticth keliling diaper. pastikan jahit tepi getah dan buat casing untuk getah.
lubang yang ditinggalkan untuk terbalikkan kain.
Terbalikkan..
Panduan mula jahit topstich, boleh mula dari sini.
jahit topstitch sampai atas laluan getah, stop dan pusing kain.
Jahit pintas atas getah. Gunakan saiz jarak saiz 1 untuk rapat dan lebih kukuh jahitan atas getah
Jahit laluan untuk casing getah di kaki. Jahit sampai  habis dan ulang di setiap tempat yang ada getah.
Ok, masa nak jahit tu, boleh ikut panduan arah macam ni. so sekali jalan je...

7- Pasangkan snap atau velcro. Siap!
Pasang Snap Button pakai KAM Plier


CD Side Snap dari tepi
Pandangan dalam



21 comments:

  1. wah bestnye pandai buat sendiri...heheh.. mesin jahit tade, tapi klu ada, adakah rajin? hahahah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kui, yom a beli mesin jahit, hat murah pon aci jadik ni...

      Delete
  2. cantik...kain inner kat dlm tu mahal tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kain inner tu sy rembat kt kamdar je.. Harga dlm RM8-9 semeter.. kalau pakai kain fleece pon bole kat kamdar RM4-5 semeter .. try je dengan kain upcycle dr tshirt lama pon boleh :)

      Delete
  3. kalau ada baby kecik harus ku tiru niii :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila2.. tp klu ade bsby mesti nk buat baby quilt dulu kan.. hehe

      Delete
  4. cantiknya..tapi.yg kuning tu kain.flanner ke.knit?yg corak kain ape?baru nk belajar.nampak senang nk buat.br download pattern.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juhana, thx.. luar kain knit, dlm kain flannel.
      But you can always use other material you like.
      memang senang je nak buat, try a few times until you get ahang of it.. insya allah, it wil get better. Gudluck :-)

      Delete
  5. berapa cm getah utk kaki dan belakang?selalu buat macam tak ngam la.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dear,

      Getah belah kaki dan pinggang tu boleh pakai saiz 1cm /15cm
      ikut kesesuaian. ada baby yang agak bulky (saiz peha KFC) so saiz getah yang lebih besar tu lagi seswai. selamat mencuba!

      Delete
  6. Nk tanya klu guna cotton flannel bhgn dalam tu, poopoo baby senang hilang tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anisah :)

      Seperti diketahui ciri cotton flannel adalah paling basic cotton dan paling fragile. Poo senang tanggal tapi kemungkinan meninggalkan stain... saya lebih suka guna material yg lasak sikit n senang tanggalkan stain macam fleece n minky

      Delete
  7. Terima kasih ilmunya..mana boleh beli pul, minky dan fleece..

    ReplyDelete
  8. Terima kasih ilmunya..mana boleh beli pul, minky dan fleece..

    ReplyDelete
  9. Waaa....saya pun teringin nak buat sendiri...tapiiii...tapi tu yg susah sikit..

    ReplyDelete
  10. Waaa....saya pun teringin nak buat sendiri...tapiiii...tapi tu yg susah sikit..

    ReplyDelete
  11. Tumpang tny..kalo pin untuk pasang di diaper nk beli di mana? ..mcmna cara pasang nya?

    ReplyDelete
  12. Salam sis...cantik hasil karya sis...blh sy tny ,di mana nk beli butang yg blh ejas tu n cara pasang?...tq sis atas ilmu nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sis,

      Snap Button Plyer boleh beli di shopee pon ade :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...