Pages

Thursday 5 April 2012

Tip - Mesin Jahit Industri laju sangat?

Assalam,

Ok, Entri kali ni saya nak bincang pasal Tip n Trick menggunakan mesin jahit Industri motor clutch. Kenapa? Sebab saya baru je guna mesin ni, Masya Allah laju benor! Saya tahu, ramai yang ada mesin industri ni, berkobar memilikinya tapi pakai sekejap aje lepas tu tersadai sebab frust tak dapat fully utilize keupayaan mesin ni. Sayangnya!  Saya banyak buat perbincangan dengan kawan saya Hartini Baharudin yang sudi berkongsi tips dan izinkan saya guna photo miliknya.

Ada beberapa Tips yang boleh dipraktikkan  :

1. Untuk motor clutch. ada beberapa tempat yang boleh di adjust

  • lihat bulatan a - Pully - roda besi tu ada pelbagai saiz dari  50 - 60 - 80 - 85 - 90 - 100 - 110 . Semakin kecil roda, semakin perlahan pusingan mesin dan semakin besar roda semakin laju pusingan mesin. Cuba call kedai mesin jahit berdekatan untuk tukar pully ni, cost dalam RM50 untuk tukar roda pully, belt dan upah.
  • lihat bulatan b -  Spring digunakan untuk control ketat atau longgar pemijak/pedal. Semakin ketat, semakin keras dan kurang sensitif pedal, so kita boleh control pressure kaki kita. Bila spring tu dilonggarkan, pedal akan jadi lebih sensitif, tekan sikit je menonong peginya. Yang ini anda boleh cuba sendiri kat rumah, try adjust ketat atau longgar lepas tu test drive tekan pedal. Boleh adjust ikut kesukaan.

Ini contoh motor clutch - from Hartini

2. Kalau kedua-dua cara tadi x berkesan untuk dapatkan speed yang anda mahu, ada cara lagi iaitu tukar motor. Setakat ni, ada 3 jenis motor yang boleh adjust speed dipasaran (setakat didalam pengetahuan saya, kalau anda tahu, sila komen) iaitu motor electron, motor servo dan direct drive. Motor electron dan motor servo boleh dipasangkan pada mana2 mesin industri.
  • Motor electron - berharga sekitar RM200. Senyap, xde bunyi humming (macam bunyi kipas meja) dan speed boleh adjust. Menurut Hartini, hanya boleh dengar bunyi jarum sahaja dan speednya boleh adjust sama seperti mesin brother NV50 tu dan x kira berapa kuat atau perlahan pon kita tekan speednya akan kekal sama.. wah! anda berminat? Macam ni la rupanya motor electron tu.

Rupa bahagian hadapan motor electron

Rupa bahagian belakang - skru untuk adjust speed. 



  • Untuk motor servo, sistem adjustnya ada butang yang kita boleh pilih speed dari 1-8. Harga sekitar RM500-600 sebiji. Maaf saya xde gambar untuk motor ni. sesapa yang ada boleh email untuk saya masukkan dalam entri ni.


Untuk mesin industri, tidak kira apa jenis atau jenama, sistem, body , motor, jarum dan tapak(presser feet) pada asanya adalah sama kerana ianya digunakan secara meluas untuk industri di seluruh dunia. Jadi, apepon nama mesin anda, motornya boleh convert pada motor electron ataupun servo berdasarkan pada bajet anda. Selamat menggunakan mesin jahit industri!







33 comments:

  1. thx for sharing...kat mana boleh dapatkan motor elektron tu... so far sya cuma tau motor servo aje..kalo sekitar RM200 rasanyaok..berbanding servo ry rm500++

    ReplyDelete
  2. SCLover, sy x pasti kedai jahit mana yang ada, tapi kalau di Kuantan, boleh pegi Inai :) .. cube call pusat mesin jahit setempat, sy byk juga buat panggilan, riki2 kedai mana ada... so far motor electron tu yang paling murah

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing... mesin akak ni dd, tak tau mana tempat nak control speed tp so far comfortable ngan speed yg ada, kaki ni dah boleh control kalau nak perlahan haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. k mila, snap sket pic kat motor DD or anything available tu hehe.. teringin no nk tgk

      Delete
  4. Yay! THanks for the tip Yuzlin!! I tightened the spring screw and I think it doesn't feel sepantas kilat anymore... :D Now to figure out knaper thread aku asyik2 putus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. glad it helps ching,, but u already got new- new toy kan?????hehehehe......

      Delete
  5. salam kak...saya baru beli mesin juki...tapi laju sangat..asik terbabas...padahal kat kelas jahit belajar mesin sama, x tahu lah...yang kat pully biasa org pakai brapa...yang saya punya dia tulis 90 rasanya...nak tanya, biasa org pakai brapa jer,,,thanks

    ReplyDelete
    Replies


    1. Salam nora,

      Paling senang, cuba ctc balik kedai tempat beli mesin tu, mtk tukar pully kepada yang paling kecil saiz 50. Kalau baru beli n still under warranty, free je kos tu. lepas tu try test drive, sedap x..

      Delete
  6. Nak tanya mana lagi bagus, guna clutch motor atau servo motor? Sy nak beli mesin brother s-1110A, sy nak sevo motor, tp tokey kedai tu kata servo motor kurang bagus sbb risiko kene sambar petir kate nye.. Kalo clutch motor dia tahan lama..

    Tp bila sy survey dkt internet n ade tanye tokey mesin dlm internet die kate bagus servo motor sbb jimat elektrik, mudah control speed, dan bunyi senyap x bising..

    Skrg sy confius mana lagi bagus servo or clutch.. So nak menang membeli alah memakai:p sekali beli nak pakai smp bila2 duit kurang nak main tukar2... Boleh kwn2 bagi suggestion pd sy? T.kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dear,

      Honestly, say pon x boleh nak decide which is better.
      But if it any helps, these is the fact:

      Clutch motor- bising, bunyi mcm kipas angin, sometimes berdesir kuat macam nk tercabut, lol! Tapi mmg tahan lama. Sy pakai mesin 2nd hand lama dengan motor original..sgt lama tp very reliable n tough. Perlukn masa utuk jalan. Bila onn tu, kn tgu a few second n pump pedal br jalan.

      Servo motor- senyap sunyi, sgt jimat electric hampir 40%, boleh control speed ( ciri yg bagus untuk beginner).
      Wether motor servo tahan lasak atau x, sy x dpt pastikan.
      My opinion, every industrial machine is built to last and to endure long hour usage. Of course setiap motor yg dicipta dan diperbaharui mengambil kira kegunaan heavy untuk kilang. Kalau x, die x serve la purpose as heavy industrial use kan?

      If i want to add another machine, definately will choose servo motor :-)

      Delete
    2. Kalo main baju kurung brg2 nipis xnak main on off baik direct drive..ringan pun ringan time nk pindah @ alih..jimat letrik..moto syp,hanya jarum je bunyi..

      Delete
  7. Tq so much sis yuzlin :)

    sgt2 membantu utk sy buat pemilihan terakhir ^_^
    beberapa hari tersangkut utk beli :p besok nak call tokey tu hantar mesin hehe tq tq so much ^_^

    ReplyDelete
  8. salam sis, lagi 1 nak tanya, servo motor ni apa2 brand pon ok ke? kalau clutch motor tokey tu bagi brand ISM,

    Tapi utk servo motor, dia bg brand DADILI..

    su search dalam internet x ada info..itu pon kalo sis tau..tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dear...

      Try jawab according my reading n discussion ye,

      Untuk clutch motor, ISM is the latest n better than ordinary clutch.
      Memang ada beza harga 2 jenis motor clutch ni.

      DADILI, walaupon kedengaran asing tp sebenarnya famous juga brand ni.
      kalau kat sini glemer brand BROTHER, Dadili ni mcm the infamous twin of Brother brand.


      Delete
    2. http://en.dadili.com/newEbiz1/EbizPortalFG/portal/html/about.html

      Boleh cek tentang brand Dadili kat sini :-) .. anak buah Brother.

      Delete
  9. Lagi skali jutaan terima kasih ^_^
    nnt blog sy da siap nak follow blog sis ye hee tq tq ^_^

    ReplyDelete
  10. thanks sis,

    saya pun ada masalah yang sama sebab saya guna mesin jahit singer 3191, selalu terbabas buat saya frust..nak tukar sayang pulak..adjust bahagian spring sama jugak..

    so sekarang ni saya tengah fikir sama ada nak tukar motor atau pully..sis rasa mana yang okay?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis Norsha

      Untuk lebih senang determine, please check your pully size first.
      kalau betul saiz pully adalah besar, silalah tukar pully dahulu sebab biasanya masalahnya boleh diatasi.

      last resort, kalau dah x boleh juga bolehla tukar motor.. ini pon memakan belanja besar juga sebenarnya. so let me know whats ur desicion and do share back here!

      Delete
  11. Salam.sy gn mesin singer model 3191 D200A.dh gn 2 thn.tp br2 ni ms sy tgh mnjahit...tb2 dia jd slow sgt.tp x la smpai brhenti.dh baiki..tp cuma elok 3 minggu jer..lps tu jd balik..nk buat mcm mn yer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try tukar kapasitor..mgkin nk rosak kot..tukar sama uf..

      Delete
  12. Salam sist...sy pnye msin kelajuan die kejap laju kejap slow...tu mcmne ye? Ape yg perlu sy tukar?

    ReplyDelete
  13. Saya ada error. Benang tersumbat kat bawah dlm sekoci. Apa nak buat?? Dah on off byk kali pon error juga

    ReplyDelete
  14. Saya ada error. Benang tersumbat kat bawah dlm sekoci. Apa nak buat?? Dah on off byk kali pon error juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis pakai mesin auto ke?? Error tu appear on screen ke?

      Delete
  15. Saya ada mesin jahit juki...jarang pakai...tp hari ni bru nk jahit kuar asap kat motor...nasib tak meletop...seram...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis Aida,

      Wahhhh, bahaya tu.. Sila berhati2 ya and panggil technician datang untuk tgkkan mesin.

      Delete
  16. Hi There! Ada ke sesiapa yang nak jual clutch motor terpakai? ... harga?

    ReplyDelete
  17. Layanan Pendanaan Le_Meridian melampaui dan melampaui persyaratan mereka untuk membantu saya dengan pinjaman saya yang saya gunakan memperluas bisnis farmasi saya, Mereka adalah permata yang ramah, profesional, dan mutlak untuk bekerja dengan. Saya akan merekomendasikan siapa pun yang mencari pinjaman untuk dihubungi. Email..lfdsloans@lemeridianfds.com Atau lfdsloans@outlook.com.WhatsApp ... + 19893943740.

    ReplyDelete
  18. Askum semua
    .siapa nak beli clutch motor sahaja boleh whatsapp saya di 0142627816

    ReplyDelete
  19. siapa nak beli clutch motor sahaja boleh whatsapp saya di 0142627816

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...